SEKAPUR SIREH

Salam buat semua. Ini adalah blog ke2 saya tapi blog ini khusus untuk segala himpunan resepi2 yang saya kumpul. Sesungguhnya mengumpul resepi adalah hobi saya hehehe..Resepi2 ini adalah yang saya dapat dari kelas masakan yang saya hadiri, dari kawan2, dari internet, dari majalah dll.Credit untuk semua pencipta resepi.
Saya harap sekiranya anda telah mencuba resepi2 dalam blog ini, diharap sudilah kiranya anda memberikan maklumbalas disini. Sekian.

Saturday, March 13, 2010

Kek Marble Cheese



Bahan A
180 gm butter
170 gm gula kastor
120 gm tepung gandum
20 gm serbuk koko
3 biji telur
1 sudu teh serbuk penaik

Bahan B
250 gm krim cheese
60 gm gula kastor
1 biji telur
esen vanila

Cara2 (A)
1. Tepung,koko dan serbuk penaik diayak.
2. Pukul butter dan gula sehingga kembang.
3. Masukkan telur sebiji sebiji..pukul
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.

Cara2 (B)
1. cheese dan gula dipukul sehingga kembang
2. Masukkan telur kemudian esen vanila.

Masukkan separuh adunan A dalam loyang, kemudian tuangkan adunan B dan tutup dengan baki adunan A. Kukus sehingga masak.