SEKAPUR SIREH

Salam buat semua. Ini adalah blog ke2 saya tapi blog ini khusus untuk segala himpunan resepi2 yang saya kumpul. Sesungguhnya mengumpul resepi adalah hobi saya hehehe..Resepi2 ini adalah yang saya dapat dari kelas masakan yang saya hadiri, dari kawan2, dari internet, dari majalah dll.Credit untuk semua pencipta resepi.
Saya harap sekiranya anda telah mencuba resepi2 dalam blog ini, diharap sudilah kiranya anda memberikan maklumbalas disini. Sekian.

Thursday, August 11, 2011

BUBUR GUNTING

Sumber : RNet

Bahan-bahan Doh Gunting:
1/3 paket Tepung Gandum 1 kg
Sedikit Garam
Air atau air daun pandan

1.Masukkan tepung dan sedikit garam dlm bekas. Masukkan air sedikit demi sedikit & gaul. Sukatan air cukup sekadar hingga doh boleh diuli. Uli sebati adunan.
2.Ambil sedikit doh tadi dan canai leper. Masakkan doh yg telah dicanai tadi didlm kuali tanpa minyak cukup sekadar mengeringkan doh tersebut supaya mudah digunting.
3.Gunting halus doh yang telah dimasak. Boleh digunting seperti membuat kuih gunting.

Sukatan bubur boleh je buat cara yg u all biasa buat. Yg kat bawah ni lebih kurang, cara I biasa buat la.

Bahan-bahan untuk Bubur:
•3 cawan air
•4 cawan santan pekat
•1/2 cawan gula melaka @ 2 keping nisan
•2 helai daun pandan - disiat dan simpulkan
•1/2 sudu teh garam halus
Masak gula melaka / nisan bersama air dan daun pandan hingga gula larut.
Masukkan santan pekat dan masak dengan api perlahan hingga mendidih.
Masukkan doh yang telah digunting tadi.
Seimbangkan rasa dgn garam dan boleh tambah gula pasir jika kurang.
Tutup api bila kuah sedikit pekat dan hidangkan sebagai minum petang.

Sedap bubur gunting ni. Ala ala bubur caca ... sebab bahan-bahannya yg kebiasaannya ada kat rumah kan .. anytime boleh buat. Cuma next time kalau buat, nak cuba letak kapur sket dlm air tu, bagi liat-liat sket.


No comments: