SEKAPUR SIREH

Salam buat semua. Ini adalah blog ke2 saya tapi blog ini khusus untuk segala himpunan resepi2 yang saya kumpul. Sesungguhnya mengumpul resepi adalah hobi saya hehehe..Resepi2 ini adalah yang saya dapat dari kelas masakan yang saya hadiri, dari kawan2, dari internet, dari majalah dll.Credit untuk semua pencipta resepi.
Saya harap sekiranya anda telah mencuba resepi2 dalam blog ini, diharap sudilah kiranya anda memberikan maklumbalas disini. Sekian.

Thursday, August 11, 2011

KEK ALUNAN KASIH

Resepi : Puan Mastura Yasak (Kongsi Resepi FB)
Sumber: Am-Flora


Bahan:-
(bagi 1/2 adunan, akak guna loyang 3 1/2 x 8 in)

5 Biji Telur
1 ½ cwn (250 gm) planta atau butter

2 ½ cwn tepung gandum *

1 sudu kecil baking powder (*diayak bersama)
2 cwn gula halus (boleh kurangkan)
½ cwn susu cair (utk separuh kek, akak letak +- 1/2 cwn jgk)

1 sudu kecil esen vanila

*Serbuk koko (secukupnya)
*Pewarna ( citarasa masing-masing)

Cara-Cara:
Pukul planta dan gula smpai kembang.
Masukan telur satu persatu, pukul lagi sampai kembang
Masukan *esen vanilla, susu cair, gaul hingga sebati dan masukan tepung
sedikit demi sedikit.
Bahagikan dua bahagian, campurkan pewarna pink dan satu bahagian pewarna
hijau (*akak letak 3 kaler, biru, oren dan pink)

Griskan loyang dan tabur sikit tepung..masukkan adunan biru, ratakan dlm
loyang dan ayak serbuk koko menutupi lapisan biru tersebut - ayak
nipis-nipis jer.

Kemudian masukkan adunan lapisan oren dan ratakan, ayak lagi serbuk koko dan
seterusnya tuangkan lapisan pink dan ratakan perlahan-lahan. (jangan sampai
serbuk koko di lapisan-lapisan tadi terangkat).
Bakar lebih kurang 45min. pada suhu 160 Degree ikut oven masing-masing
(untuk separuh adunan akak bakar 35 minit sahaja)

Nota Am-flora :
Utk membuat lapisan kaler2 tu biar tebal sbb bila kita melapis & meratkan
adunan tersebut serbuk koko tak akan terikut sama. Tapi bila adunan yg nak
kita lapiskan itu agak nipis/sikit bila nak meratakan lapisan tu, serbuk
koko akak tertarik sama - nanti tak akan jadi cantik

kek ni memang sedap dan cantik..

No comments: