SEKAPUR SIREH

Salam buat semua. Ini adalah blog ke2 saya tapi blog ini khusus untuk segala himpunan resepi2 yang saya kumpul. Sesungguhnya mengumpul resepi adalah hobi saya hehehe..Resepi2 ini adalah yang saya dapat dari kelas masakan yang saya hadiri, dari kawan2, dari internet, dari majalah dll.Credit untuk semua pencipta resepi.
Saya harap sekiranya anda telah mencuba resepi2 dalam blog ini, diharap sudilah kiranya anda memberikan maklumbalas disini. Sekian.

Thursday, August 11, 2011

Rainbow Velvet Cake

sumber : RNet

Bahan A (ayak bersama)
400gm tepung gandum
1 tsp baking soda (soda bikabonat)


Bahan B
2 buku mentega (suhu bilik)
350gm gula kaster
2 tsp esen vanila
5 biji telur grade A


Bahan C
350ml Susu segar
1 Tbsp cuka atau jus lemon
(Satukan semua, biarkan selama 10 minit)


Bahan D
perisa blueberry + pewarna ungu
perisa strawberry + perwarna merah
perisa pandan + pewarna hijau
perisa lemon + pewarna kuning

Topping Cream Cheese
250gm cream cheese (suhu bilik)
80gm gula aising
1 tsp esen vanila


Cara-cara :
1. Panaskan oven pada suhu 180C. Sediakan loyang bergris (saya guna 4 loyang berasingan)
2. Satukan bahan A, ketepikan.
3. Pukul bahan B hingga kembang, masukkan telur satu persatu di ikuti bahan A dan bahan C berselang seli. Pukul hingga sebati.
4. Asingkan adunan kepada 4 bahagian. Masukkan campuran pewarna dan perisa - gaul sebati. Tuang dalam loyang dan bakar selama 20 minit (atau sehingga masak)
5. Cream Cheese : Pukul cream cheese bersama gula hingga lembut, masukkan esen vanila dan whipping cream sedikit demi sedikit, pukul hingga bergaul rata dan tidak berketul.
6. Lapiskan dengan cream cheese disetiap layer kek. Siap untuk dihidang. :)

No comments: