SEKAPUR SIREH

Salam buat semua. Ini adalah blog ke2 saya tapi blog ini khusus untuk segala himpunan resepi2 yang saya kumpul. Sesungguhnya mengumpul resepi adalah hobi saya hehehe..Resepi2 ini adalah yang saya dapat dari kelas masakan yang saya hadiri, dari kawan2, dari internet, dari majalah dll.Credit untuk semua pencipta resepi.
Saya harap sekiranya anda telah mencuba resepi2 dalam blog ini, diharap sudilah kiranya anda memberikan maklumbalas disini. Sekian.

Saturday, September 13, 2008

Kacang Batu

sumber:RNet

500gm kacang tanah
1 biji telur
4 sudu besar gula pasir
1/2 sudu besar garam
7 ulas bawang putih
tepung secukupnya

kacang dibasuh dan ditoskan. lapkan dengan tisu paper.
telur, gula, garam, dan bawang putih diblender.
masukkan adunan telur ke dalam bekas. kemudian masukkan kacang dan
digaul rata. masukkan tepung sedikit2 sehingga kacang diselaputi
tepung dan tidak melekat2. cerai2kan kacang2 yang bercantum. Goreng
sehingga masak.

* kalau hendak pedas boleh tambah serbuk cili/serbuk kari sebelum
masukkan tepung

No comments: