SEKAPUR SIREH

Salam buat semua. Ini adalah blog ke2 saya tapi blog ini khusus untuk segala himpunan resepi2 yang saya kumpul. Sesungguhnya mengumpul resepi adalah hobi saya hehehe..Resepi2 ini adalah yang saya dapat dari kelas masakan yang saya hadiri, dari kawan2, dari internet, dari majalah dll.Credit untuk semua pencipta resepi.
Saya harap sekiranya anda telah mencuba resepi2 dalam blog ini, diharap sudilah kiranya anda memberikan maklumbalas disini. Sekian.

Saturday, September 13, 2008

Lempeng

Sumber : Jeni

Bahan-bahan
2 cawan tepung
3 cawan air
1 biji telur
2 sdb minyak masak
Garam secukup rasa

Cara
Campurkan kesemuanya dah gaul hingga takde ketul-ketul. Kalau nak senang blendkan sahaja.
Panaskan frying pan atas api perlahan. (Dapur saya numbernya sampai 12 so saya buat takat 4 1/2 sahaja).
Apabila pan sudah cukup panas, tuangkan batter dan terus lenggang-lenggangka n pan supaya batter tu membentuk bulat dan nipis.
Agak-agak sudah masak (kering di sebelah bawah) alihkan permukaannya.
Biarkan sekejap dan angkat.
Gulungkan ia macam nak buat laksam. Kemudian potong menyenget.
Siap untuk dicicah. Cukup terangkat bila dimakan dengan kari ikan atau sambal ikan bilis.

No comments: