SEKAPUR SIREH

Salam buat semua. Ini adalah blog ke2 saya tapi blog ini khusus untuk segala himpunan resepi2 yang saya kumpul. Sesungguhnya mengumpul resepi adalah hobi saya hehehe..Resepi2 ini adalah yang saya dapat dari kelas masakan yang saya hadiri, dari kawan2, dari internet, dari majalah dll.Credit untuk semua pencipta resepi.
Saya harap sekiranya anda telah mencuba resepi2 dalam blog ini, diharap sudilah kiranya anda memberikan maklumbalas disini. Sekian.

Saturday, September 13, 2008

Kuih Cucur Badak

Sumber: Rubiah Suparman

Bahan:
1 kilo keledek putih
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kanji

Bahan Inti:
1/2 biji kelapa parut
1 btg serai
100g udang kering
5 tangkai cili kering (nak pedas tambah)
1 labu bawang yang sederhana besar
3 ulas bawang putih
sehelai daun kunyit
sedikit asam
2 sudu besar gula
garam

Cara Masak Inti:
1. Cili kering, bawang besar, bawang putih, serai dan udang kering hendaklah dikisar halus.
2. Bahan kisar, gaul dengan kelapa/
3. Campur sedikit air asam jawa ke dalam ke dalam kelapa yang telah dicampur bahan kisar tadi.
4. Masukkan gula dan garam secukupnya.
5. Hiris halus daun kunyit dan campurkan ke dalam kelapa.
6. Goreng semua bahan tadi tanpa minya dlm kuali sehingga masak.

Cara membuat kuih:
1. Keledek dikupas kulit dan direbus sehingga empuk.
2. Setelah empuk toskan. kemudian tumbuk sehingga hancur.
3. Masukkan tepung gandum dan tepung kanji dan uli sehingga sebati.
4. Ambil sedikit doh sebesar bola hoki dan dileperkan, masukkan inti dan bulatkan doh semula. Buat sehingga habis semua doh dan goreng.
5. Bila kekuningan, angkat dan toskan minyak.

No comments: