SEKAPUR SIREH

Salam buat semua. Ini adalah blog ke2 saya tapi blog ini khusus untuk segala himpunan resepi2 yang saya kumpul. Sesungguhnya mengumpul resepi adalah hobi saya hehehe..Resepi2 ini adalah yang saya dapat dari kelas masakan yang saya hadiri, dari kawan2, dari internet, dari majalah dll.Credit untuk semua pencipta resepi.
Saya harap sekiranya anda telah mencuba resepi2 dalam blog ini, diharap sudilah kiranya anda memberikan maklumbalas disini. Sekian.

Saturday, September 13, 2008

Putu Kacang

sumber : baya

Bahan2.
1 kilo tepung kacang hijau yg siap digoreng dan dimesin.
1 kilo gula halus( Gula biasa dimesin)...( baya guna icing sugar aja)..

cara cara.
1. Campurkan 2 bahan tersebut. Gaul sebati. ..
2. Di percik air sedikit demi sedikit dan gaul sebati. Percik sehingga
adunan tadi agak lembab, tapi masih lagi seroi dan adunan mesti tidak
berketul, baya ambik tapis tekan tekan aja campuran dengan
tangan hasilnya dia tidak berketul dan seroi.
3. Kemudian tekan adunan dalam acuan putu kacang ( tekan kuatskit),
guna pisau untuk sekatakan adunan...hujung pisau diketuk
ketuk acuan tersebut supaya mudah adunan tu keluar bila diterbalikkan.
4. Jemur kuih tadi supaya dia kering dalam 15 minit.( jangan
terlalu lama kalau lama akan jadi kerasitu petuanya)

NOTE: kalau nak mudah mengaul buat sedikit sedikit contohnya 2 cawan
tepung +2 cawan gula mudah gaul jadi campuran tidak berketul ketul

No comments: