SEKAPUR SIREH

Salam buat semua. Ini adalah blog ke2 saya tapi blog ini khusus untuk segala himpunan resepi2 yang saya kumpul. Sesungguhnya mengumpul resepi adalah hobi saya hehehe..Resepi2 ini adalah yang saya dapat dari kelas masakan yang saya hadiri, dari kawan2, dari internet, dari majalah dll.Credit untuk semua pencipta resepi.
Saya harap sekiranya anda telah mencuba resepi2 dalam blog ini, diharap sudilah kiranya anda memberikan maklumbalas disini. Sekian.

Saturday, September 13, 2008

Talam Kacang Merah

sumber:RNet

Lapisan bawah
1/2 cwm kacang merah rendam, rebus hingga empuk
1 1/4 cwn gula pasir
3 cwn santan cair
1 1/2 tepung beras
4 sudu makan penuh tepung gandum
1 sudu makan penuh tepung jagung
sedikit garam

Satukan kacang merah, gula, santan dlm blender, kisar halus, tuang masuk besen.
campur semua tepung, letak warna merah sikit, tapis, panaskan hingga naik wap, kukus 20 minit.

Lapisan Atas
3 cwn santan pekat (semua dr 1 biji kelapa)
1 cwn tepung beras
4 sudu mkn tepung gndm
1 sudu makan tepung jagung
2 sudu mkn gula pasir
sikit garam

gaul semua, panaskan, tuang atas lapisan bwh tadi, make sure permukaan lapisan bawah kering, lap dgn kitchen towel, kelar2 permukaan, baru tuang lapisan atas, kukus lagi 20 minit.

No comments: