SEKAPUR SIREH

Salam buat semua. Ini adalah blog ke2 saya tapi blog ini khusus untuk segala himpunan resepi2 yang saya kumpul. Sesungguhnya mengumpul resepi adalah hobi saya hehehe..Resepi2 ini adalah yang saya dapat dari kelas masakan yang saya hadiri, dari kawan2, dari internet, dari majalah dll.Credit untuk semua pencipta resepi.
Saya harap sekiranya anda telah mencuba resepi2 dalam blog ini, diharap sudilah kiranya anda memberikan maklumbalas disini. Sekian.

Saturday, September 13, 2008

Makaroni Bakar

Sumber: Kak Noor Masri


Bahan-bahan
250 g macaroni } direbus hingga lembut toskan gaul dgn sedikit mentega

Bahan inti
500 g daging cincang – boleh juga diganti dgn daging ayam cincang
30 mentega
1/2 labu bawang besar } dicincang
1 ulas bawang putih } dicincang halus
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk lada sulah
½ sudu kecil oregano kering atau parsley kering
175 g buah tomato } buang biji, potong dadu
2 putih telur
500 ml sos putih
125 g keju cheddar } diparut



Cara membuat
1. Panaskan mentega, masukkan bawang besar dan bawang putih.

2. Apabila layu masukkan daging cincang, tomato, garam dan lada sulah.

3. Masak lebih kurang 15 minit atau apabila air daging kering, kemudian sejukkan.

4. Bila dah SEJUK masukkan telur putih, kacau sebati.

5. Sapukan loyang bersaiz 7x 5 inci dgn sedikit mentega


Terdpt 2 cara utk memasukkan pasta dan inti kedlm loyang, pilih salah satu cara

Cara I: Campurkan kesemua pasta dgn inti kemudian masukkan kedlm loyang.

Tuang sos putih diatasnya, ratakan.

Akhir sekali tabur keju parut .


Cara II: Masukkan1/3 pasta kemudian tabur 1/2 inti dan sedikit keju parut., lapiskan semula dgn 1/3 lagi pasta diikuti lebihan inti dan sedikit keju dan akhir sekali 1/3 lagi pasta dan atasnya tuang sekata sos putih dan akhir sekali tabur keju parut.

Bakar didlm oven pd suhu 180'C selama 30 min atau sehingga keju keperangan

Angkat biarkan selama 15 minit sedia utk dihidangkan

Nota: Boleh tambah sayuran spt cendawan, capsicum hijau/merah didlm inti jika suka


Sos Putih :

30 g mentega

1 sudu besar tepung gandum

500 ml susu segar

2 kuning telur

125 g keju cheddar } diparut

garam secukup rasa

½ sudu kecil serbuk lada sulah



Cara membuat sos putih:

1. Cairkan mentega dgn api yg perlahan, masukkan tepung gandum kacau sehingga sebati.

2. Masukkan susu kacau (whisk) dgn menggunakan pemukul telur sehingga sebati.

3. Panaskan sehingga mendidih sambil sentiasa dikacau supaya tidak bergentel.

4. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa.

5. Tutup api, sejukkan sedikit baru masukkan keju parut & kuning telur. Kacau sebati ketepikan.

No comments: