SEKAPUR SIREH

Salam buat semua. Ini adalah blog ke2 saya tapi blog ini khusus untuk segala himpunan resepi2 yang saya kumpul. Sesungguhnya mengumpul resepi adalah hobi saya hehehe..Resepi2 ini adalah yang saya dapat dari kelas masakan yang saya hadiri, dari kawan2, dari internet, dari majalah dll.Credit untuk semua pencipta resepi.
Saya harap sekiranya anda telah mencuba resepi2 dalam blog ini, diharap sudilah kiranya anda memberikan maklumbalas disini. Sekian.

Wednesday, September 3, 2008

Pulut Serunding

sumber : RNet

BAHAN PULUT
300 g beras pulut, cuci dan rendam 30 minit dan toskan
Santan cair secukupnya
1/4 camca teh garam
1 helai daun pandan, disimpul

BAHAN SERUNDING
1 1/2 kelapa parut, pilih yang kulit basah
1 batang serai, hiris halus*
2 ulas bawang putih*
5 biji bawang merah*
1/2 inci lengkuas*
2 biji cili merah*
3/4 camca besar ketumbar*
1/2 camca teh jintan halus*
1/2 camca teh jintan kasar*
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan*
2 camca besar gula pasir*(*dikisar halus)
Garam secukup rasa (agak2 dalam 1/2 camca teh)

CARA MEMBUATNYA

UNTUK SERUNDING :- Tumis bahan2 kisar hingga harum, masukkan garam
dan juga kelapa parut, gaul rata. Kecilkan api dan masak sambil dikacau selalu
hingga serunding berderai tetapi tidak kering. Angkat dan sejukkan.

UNTUK PULUT :- Panaskan kukusan, masukkan pulut dalam bekas dan tuang
santan cair sehingga separas pulut. Masukkan garam dan gaul rata. Letak daun
pandan dan kukus 20, gaul pulut dan kukus lagi 5 minit. Angkat dan sejukkan.

UNTUK PULUT SERUNDING :- Sarung tangan dengan plastik bersih, ambil sedikit
pulut dan kepalkan. Golek dengan serunding sehingga membaluti pulut.
Boleh dihidangkan.
(Dalam gambar mat guna acuan tat jenis bujur yang telah dilenser
dengan sedikit minyak,
tekan pulut padat2 dan keluarkan perlahan2, hidangkan bersama serunding).

No comments: