SEKAPUR SIREH

Salam buat semua. Ini adalah blog ke2 saya tapi blog ini khusus untuk segala himpunan resepi2 yang saya kumpul. Sesungguhnya mengumpul resepi adalah hobi saya hehehe..Resepi2 ini adalah yang saya dapat dari kelas masakan yang saya hadiri, dari kawan2, dari internet, dari majalah dll.Credit untuk semua pencipta resepi.
Saya harap sekiranya anda telah mencuba resepi2 dalam blog ini, diharap sudilah kiranya anda memberikan maklumbalas disini. Sekian.

Thursday, November 5, 2009

Apam Gula Merah

Sumber: http://yummylicious -jun.blogspot. com/

Bahan A:
125 gm gula pasir
125 gm gula Melaka, dipotong kecil-kecil (Nini pakai manisan kelapa lagi sedap dari pakai gula perang. Kalau pakai semua gula putih dan masak as gula hangus pun boleh, pastu baru la letak air) - dah cuba ketiga-tiga version)
150 ml air

Bahan B:
250 gm tepung gandum, diayak

Bahan C:
½ sudu teh soda bikarbonat
½ sudu teh yis, bancuh dengan sedikit air suam - saya bancuh dengan 4 sudu teh air suam
1 biji telur

Bahan D:
100 ml minyak masak - saya guna minyak bunga matahari (Nini kurangkan... .tak der menjadi hal)


Cara Menyediakannya:
1. Masak A hingga gula hancur, tapis dan sejukkan.
2. Sediakan acuan dan panaskan kukusan.
3. Masukkan B ke dalam A, gaul hingga sebati/rata. Nini pakai blender je kesemua bahan. Senang keje dan adunan lagi smooth.
4. Masukkan C. Kacau hingga sebati.
5. Tuang D sedikit demi sedikit sambil dikacau rata.
6. Tuang adunan ke dalam acuan dan kukus selama lebih kurang 15 minit atau hingga masak (bergantung kepada saiz acuan).

No comments: