SEKAPUR SIREH

Salam buat semua. Ini adalah blog ke2 saya tapi blog ini khusus untuk segala himpunan resepi2 yang saya kumpul. Sesungguhnya mengumpul resepi adalah hobi saya hehehe..Resepi2 ini adalah yang saya dapat dari kelas masakan yang saya hadiri, dari kawan2, dari internet, dari majalah dll.Credit untuk semua pencipta resepi.
Saya harap sekiranya anda telah mencuba resepi2 dalam blog ini, diharap sudilah kiranya anda memberikan maklumbalas disini. Sekian.

Friday, November 6, 2009

PECAL

Sumber : RN

Bahan Sayuran
1/2 biji sengkuang - potong memanjang
1 ikat kangkong
10 urat kacang panjang
100 gm taugeh
1 batang timun [hiris nipis]
2 keping tauhu [goreng dan potong nipis]
telur rebus [optional]
garam

Cara
1. Kangkung dan kacang panjang dipotong dan basuh bersih.
2. Rebuskan berasingan dengan sedikit garam sehingga lembut. Toskan.
3. Taugeh dibersihkan dan basuh. Toskan.
4. Masukkan semua bahan dalam pinggan dan sediakan kuah.

Bahan Kuah
1 cawan kacang tanah
1/2 cawan jus asam jawa
15 tangkai cili kering [potong dan basuh]
3 ulas bawang merah
2 helai daun limau purut
3 s/b minyak
gula
garam

Cara
1. Kacang tanah digoreng tanpa minyak. Buangkan kulitnya. Mesin kasar.
2. Panaskan minyak dan gorengkan cili kering dan bawang merah sehingga wangi.
3. Mesinkan cili kering, bawang dan daun limau purut dengan jus asam jawa sehingga halus.
4. Gaulkan dengan kacang tanah yg telah dihancurkan.
5. Masukkan gula dan garam. Rasakan secukupnya. [jika pekat boleh tambah air sikit demi sikit]
6. Hidangkan dengan bahan sayuran.

No comments: