SEKAPUR SIREH

Salam buat semua. Ini adalah blog ke2 saya tapi blog ini khusus untuk segala himpunan resepi2 yang saya kumpul. Sesungguhnya mengumpul resepi adalah hobi saya hehehe..Resepi2 ini adalah yang saya dapat dari kelas masakan yang saya hadiri, dari kawan2, dari internet, dari majalah dll.Credit untuk semua pencipta resepi.
Saya harap sekiranya anda telah mencuba resepi2 dalam blog ini, diharap sudilah kiranya anda memberikan maklumbalas disini. Sekian.

Tuesday, November 17, 2009

CHEESE MACARONI OVEN

sumber:Myresipi

Bahan-bahan ( 6 orang. )
1 bungkus makaroni yg mcm kerang atau straw tu.
250 gm Cheddar cheese.
1 biji bawang kuning yang besar,
3 ulas bawang putih.
2 sudu butter.
3 sudu besar tepong gandum.
3 cawan susu uht.
2 cawan air.
1 kiub ayam knorr.
2 biji chili cameron atau asparagus.
Udang atau ayam.(kuantiti sukahati)
3 atau 4 sudu sos chili.
Serbuk lada hitam(pepper)
garam.

Cara-cara
Rebus makaroni kedalam air yang mendidih selama 6 minit. Bubuh sedikit garam.
Dalam periuk atau kuali besar yang lain goreng bawang kuning dan putih dengan butter.
Biarkan sampai layu kekuningan. Masukan tepong kacau seketika dan masukan 2 cawan air,
kacau lagi ia akan jadi pekat dan masukan kiub ayam. Pastikan kiub itu larut. Masukan udang
atau ayam, secubit garam dan serbuk lada hitam. Kemudian masukan susu dan sos chili..
Kemudian masukan cili cameron yang dihiris2 atau asparagus yang telah dicelor. Celor dengan air rebusan makaroni tadi.
Akhirnya masukan makaroni yang telah ditoskan terlebih dahulu kedalam dan gaul mesra...parut cheese kedalam sebanyak mana anda suka. Lagi banyak lagi sedap. Gaul sekejap sehingga semua menjadi melekit2 macam chewing gum.
Masukan kesemuanya kedlm bekas pembakar, tabur cheese parut diatas sebanyak anda suka.
Bakar dalam oven sehingga bahagian atas keperang2an.

No comments: