SEKAPUR SIREH

Salam buat semua. Ini adalah blog ke2 saya tapi blog ini khusus untuk segala himpunan resepi2 yang saya kumpul. Sesungguhnya mengumpul resepi adalah hobi saya hehehe..Resepi2 ini adalah yang saya dapat dari kelas masakan yang saya hadiri, dari kawan2, dari internet, dari majalah dll.Credit untuk semua pencipta resepi.
Saya harap sekiranya anda telah mencuba resepi2 dalam blog ini, diharap sudilah kiranya anda memberikan maklumbalas disini. Sekian.

Friday, November 6, 2009

Seri Muka

Sumber : Rashidah

Bahan A (Lapisan Bawah)
400 g Pulut
15 oz - 18 oz * Santan cair
1 st Garam
1 helai daun Pandan
* Pulut Direndam 1 jam atau semalaman
* lebihkan santan supaya lebih paras drp pulut
dan pulut akan lebih lembut

Bahan B (Lapisan Atas)
200 g gula pasir
2 tbs (penuh) tepong jagung
2 tbs (penuh) tepong gandum
25 oz santan
5 biji telor
1/2 ts vanilla & garam
10 helai Daun Pandan

Cara:

Bahan A.
1.Masukkan santan, garam & daun pandan kedalam pulut tadi. )
2.Kukus dalam loyang 10 " x 10".
3.Bila masak tekan pulut hingga padat.
4.Kukus selama 30 minit.

Untuk Bahan B
1.Banchuhkan semua bahan diatas dan tapis
2.Masak hingga naik wap

3.Curahkan adunan keatas lapisan A.
4. Kukus lagi selama 5 min lagi

No comments: