SEKAPUR SIREH

Salam buat semua. Ini adalah blog ke2 saya tapi blog ini khusus untuk segala himpunan resepi2 yang saya kumpul. Sesungguhnya mengumpul resepi adalah hobi saya hehehe..Resepi2 ini adalah yang saya dapat dari kelas masakan yang saya hadiri, dari kawan2, dari internet, dari majalah dll.Credit untuk semua pencipta resepi.
Saya harap sekiranya anda telah mencuba resepi2 dalam blog ini, diharap sudilah kiranya anda memberikan maklumbalas disini. Sekian.

Thursday, November 5, 2009

Mee Kantonis

Sumber :

Bahan A
500 gm mee kuning
3 biji telur [ dipukul]

ahan B
100 gm udang basah [buangkan kulit]
100 gm sotong [dihiris]
3 ulas bawang putih [dicincang]
100 gm carrot [potong kecil dan panjang]
2 pokok sawi - potong
2 sudu besar minyak masak
2 s/b tepung jagung }
1 cawan air } bancuhkan
1 cawan air rebusan ayam - sekiranya ada
2 s/b sos tiram
1 s/b lada sulah
3 ulas bwg putih - tumbuk
garam
minyak

Cara:
1. Panaskan minyak dan goreng telur dan mee dalam kuantiti sikit [satu portion untuk 1 pinggan] hingga agak garing. Ketepikan.
2. Tumis sedikit bawang putih hingga agak garing dan masukkan sotong dan udang.
3. Masukkan air rebusan ayam bersama lada sulah, sos tiram dan carrot.
4. Masukkan tepung jagung yang telah dicampur air dan kacau-kacau supaya tepung tidak bergentel.
5. Campurkan sawi. Tutup api dan kacau.
6. Tuang kuah ke atas mee dan hidangkan. Sedap dimakan panas-panas.

No comments: