SEKAPUR SIREH

Salam buat semua. Ini adalah blog ke2 saya tapi blog ini khusus untuk segala himpunan resepi2 yang saya kumpul. Sesungguhnya mengumpul resepi adalah hobi saya hehehe..Resepi2 ini adalah yang saya dapat dari kelas masakan yang saya hadiri, dari kawan2, dari internet, dari majalah dll.Credit untuk semua pencipta resepi.
Saya harap sekiranya anda telah mencuba resepi2 dalam blog ini, diharap sudilah kiranya anda memberikan maklumbalas disini. Sekian.

Friday, November 6, 2009

Chocolate Chip Square

Sumber : RN

Bahan A
100 bm butter
160 gm shortening
140 gm gula kastor
1/2 sudu teh esen vanilla

Bahan B
230 gm tepung gandum
90 gm tepung beras
30 gm serbuk koko
1/4 sudu teh garam
60 gm gajus (kisar)
80 gm kelapa kering

HIASAN: Putih telur, chocolate rice

Cara:
1.Sebatikan semua bahan A.
2.Masukkan semua bahan B.Gaulkan sehingga texture ala2 bread crumb.
3.Tambahkan butter dan uli sehingga menjadi doh yang lembut.
4.Canai dan terap,sapu dengan putih telur dan taburkan chocolate rice.

No comments: