SEKAPUR SIREH

Salam buat semua. Ini adalah blog ke2 saya tapi blog ini khusus untuk segala himpunan resepi2 yang saya kumpul. Sesungguhnya mengumpul resepi adalah hobi saya hehehe..Resepi2 ini adalah yang saya dapat dari kelas masakan yang saya hadiri, dari kawan2, dari internet, dari majalah dll.Credit untuk semua pencipta resepi.
Saya harap sekiranya anda telah mencuba resepi2 dalam blog ini, diharap sudilah kiranya anda memberikan maklumbalas disini. Sekian.

Saturday, August 30, 2008

Brownie & Cheese Cake

Bahan-bahan ( Acuan 9 inci )
**Bahan Brownie**
300gm dark chocolate
2/3 cawan gula
150gn butter
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/4 cawan whiping cream
1 1/4 cawan sour cream (saya guna plain yogurt)
2 biji telur

**Bahan Cheese**
250gm cream cheese
1/3 cawan gula
1 biji telur

Cara-cara
1.Cairkan butter, chocolate & gula atas api sederhana.
2.Pukul telur..tak payah sampai kembang. kemudian masukkan kedalam adunan chocolate, kacau rata.
3.Masukkan pula tepung, whiping cream & sour cream. kacau sebati. Ketepikan sementara.
4.Sediakan pula adunan cheese. Satukan semua bahan, pukul sehingga jadi macam krim.
5.Masukkan adunan ke dalam loyang yang dah digris. Seelok eloknyer guna springform. Selang selikan antara brownie & cheese. (sebelah sebelahkan - bukan dari bawah ke atas).
6.Bila dah habis masukkan adunan ke dalam loyang, ambil chopstick@sudu@lidi, buat beberapa pusingan pada adunan. Jangan pusing lebih2 sangat!!
7.Bakar dengan kepanasan oven 180 degree celcius, selama 30 minit. Bila dah masak dia mmg lembik sikit..sejukkan sekejap. Kalau dah cool, nak masukkan dalam fridge pun boleh, baru senang nak potong.

No comments: