SEKAPUR SIREH

Salam buat semua. Ini adalah blog ke2 saya tapi blog ini khusus untuk segala himpunan resepi2 yang saya kumpul. Sesungguhnya mengumpul resepi adalah hobi saya hehehe..Resepi2 ini adalah yang saya dapat dari kelas masakan yang saya hadiri, dari kawan2, dari internet, dari majalah dll.Credit untuk semua pencipta resepi.
Saya harap sekiranya anda telah mencuba resepi2 dalam blog ini, diharap sudilah kiranya anda memberikan maklumbalas disini. Sekian.

Saturday, August 30, 2008

TALAM SUJI

sumber : kelas masakan makcik Hasmah

Bahan A (Lapisan 1)
250 gm tepung suji
2 biji telur
2 sudu makan tepung beras
3 sudu makan tepung gandum
1 cawan santan pekat
5 cawan air suam (3 cawan air sejuk + 2 cawan air panas)
1 sudu teh pewarna kuning telur
1 sudu teh esen vanila
100 gm gula pasir
1/4 sudu teh garam
(satukan semua bahan hingga sebati,tapis)

Bahan B (Lapisan 2)
6 biji telur ayam (gred A)
200 gm gula pasir
250 gm gula merah
4 cawan santan pekat (2 cawan pati santan + 2 cawan air)
6 sudu makan tepung beras
4 sudu makan tepung gandum
1 sudu teh pewarna coklat
(satukan semua bahan hingga sebati,tapis)

Cara Menyediakan
1.Masak bahan A hingga hampir pekat. Tuang ke dalam loyang. Kukus hingga masak dengan api sederhana.

2.Bahan B pula dimasak menggunakan double boiler. Masak sehingga naik wap. Tuangkan ke atas lapisan 1. Kukus selama 30 minit.

No comments: