SEKAPUR SIREH

Salam buat semua. Ini adalah blog ke2 saya tapi blog ini khusus untuk segala himpunan resepi2 yang saya kumpul. Sesungguhnya mengumpul resepi adalah hobi saya hehehe..Resepi2 ini adalah yang saya dapat dari kelas masakan yang saya hadiri, dari kawan2, dari internet, dari majalah dll.Credit untuk semua pencipta resepi.
Saya harap sekiranya anda telah mencuba resepi2 dalam blog ini, diharap sudilah kiranya anda memberikan maklumbalas disini. Sekian.

Saturday, August 30, 2008

Kek Coklat Badam

sumber : amnet

Bahan-Bahan
2 cwn tpg naik sendiri
1 1/2 cwn gula (dimesin halus)
1 cwn serbuk coco (vochele/van houten)
1 buku buttercup (jgn bekukan)
6 biji telur (asingkan kuning & putih)
1 sd kecil esen vanila
air masak sedikit (utk dicampur bersama serbuk coco)

Cara Membuatnya
Pukul putih telur hingga kembang (asingkan). Masak serbuk coco yg dicampur air hingga melekit (INGAT :api perlahan) angkat dan sejukkan.
Pukul gula dan buttercup hingga sebati, masukkan kuning telur dan pukul sebati. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, pukul hingga sebati, masukkan coklat yg telah dimasak dan esen vanila pukul lagi.
Akhir sekali masukkan putih telur dan pukul. Tabur badam hiris di atas kek. Guna loyang pembakar yg berlubang ditengah (sapu dgn majerin).
Bakar dlm oven susu 110c-120c. * Kek ini sedap dimakan setelah dibiarkan lebih dr 2 jam (coklat diatas kek akan berkilat dan melekit).

No comments: