SEKAPUR SIREH

Salam buat semua. Ini adalah blog ke2 saya tapi blog ini khusus untuk segala himpunan resepi2 yang saya kumpul. Sesungguhnya mengumpul resepi adalah hobi saya hehehe..Resepi2 ini adalah yang saya dapat dari kelas masakan yang saya hadiri, dari kawan2, dari internet, dari majalah dll.Credit untuk semua pencipta resepi.
Saya harap sekiranya anda telah mencuba resepi2 dalam blog ini, diharap sudilah kiranya anda memberikan maklumbalas disini. Sekian.

Saturday, August 30, 2008

TALAM KACANG HIJAU BERLAPIS

Sumber : Kelas masakan Makcik Hasmah

Bahan Lapis 1
75 gm kacang hijau berkulit
(goreng hingga kuning, rebus dengan 2 cawan air sehingga kacang empuk, Toskan)
200 gm tepung beras
2 sudu makan tepung Hong Kwee
1 cawan pati santan
4 ½ cawan air
½ sudu teh garam

Bahan Lapis 2
50 gm tepung beras
150 gm gula pasir
1 sudu makan tepung kastard
2 biji telur (gred B) kacau hingga sebati,tapis.
1 cawan pati santan + 1 ½ cawan air
Secubit garam
½ penutup warna hijau
(semua bahan disatukan hingga sebati kemudian ditapis)


Bahan Lapis 3
5 biji telur ayam (gred A)
300 gm gula halus
1 ½ cawan pati santan + 1 ½ cawan air
3 sudu makan tepung gandum
3 sudu makan tepung kacang hijau (green peas)
2 sudu makan tepung kastard
1 sudu teh esen vanilla
Secubit garam
(semua bahan disatukan hingga sebati kemudian ditapis)


Cara Menyediakan
1.Sediakan Loyang bulat 12”

2.Campurkan semua bahan 1 hingga sebati. Masak dan kacau hingga pekat.
Tuangkan ke dalam loyang,kukuskan selama 15 minit.

3.Masak adunan lapisan kedua dengan api sederhana hingga naik
wap. Tuangkan ke atas lapisan 1. Kukus selama 10 minit.

4.Masak adunan lapisan ketiga hingga naik wap.
Tuangkan ke atas lapisan yang kedua tadi. Kukus selama 20 minit dengan api sederhana.

No comments: