SEKAPUR SIREH

Salam buat semua. Ini adalah blog ke2 saya tapi blog ini khusus untuk segala himpunan resepi2 yang saya kumpul. Sesungguhnya mengumpul resepi adalah hobi saya hehehe..Resepi2 ini adalah yang saya dapat dari kelas masakan yang saya hadiri, dari kawan2, dari internet, dari majalah dll.Credit untuk semua pencipta resepi.
Saya harap sekiranya anda telah mencuba resepi2 dalam blog ini, diharap sudilah kiranya anda memberikan maklumbalas disini. Sekian.

Saturday, August 30, 2008

ROTI DAGING BERKEJU

Bahan-bahan doh:

200 g tepung roti (strong white bread flour)
3.5 g yis kering (easy bake Yeast)
½ sudu kecil garam (paras rata)
1 ½ sudu besar minyak masak
125 ml air suam (warm)
½ sudu kecil serbuk cili
½ sudu kecil oregano kering

Bahan-bahan inti:

250 g daging cincang
½ labu bawang besar } dimayang
½ sudu besar rempah kurma
1 sudu besar minyak
garam secukup rasa

130 g keju mozzarella } diparut


Cara membuat inti:

Panaskan minyak, tumiskan bawang besar sehingga layu dan wangi
Masukkan rempah kurma, kacau sebentar masukkan daging cincang
Goreng sehingga kering air daging
Masukkan garam secukup rasa
Ketepikan.


Cara membuat doh:

Campurkan tepung, yis, garam, serbuk cili, oregano kedlm mangkuk besar.
Buat lubang di tengah2nya, tuangkan minyak dan air.
Gaul tepung tadi sehingga menjadi doh yg lembut, jika adunan terlalu kering tambahkan 1-2 sudu kecil air lagi mengikut keadaan
Uli selama 10 minit sehingga doh menjadi licin dan elastic.
Bulatkan doh kemudian letakkan kedlm mangkuk yg telah dilenser dgn sedikit minyak dan tutup dgn cling film.
Letak ditempat yg suam selama 1 ½ - 2 jam sehingga doh mengembang 2 kali ganda
Taburkan sedikit tepung ditempat mencanai kemudian canaikan doh menjadi btk segiempat dgn ketebalan 1.5 cm
Ratakan inti daging di atasnya diikuti dgn parutan keju
Gulung doh tersebut kemas2, kemudian potong kpd 5 bahagian
Susunkan potongan doh secara menegak kedlm loyang yg telah dilapik dgn kertas minyak.
Pastikan masih ada ruang antara setiap potongan utk mengembang
Tutup loyang tersebut dgn cling film selama 1 jam supaya doh tersebut kembang semula
Panaskan oven pd suhu 200’C, bakar selama 30-40 minit sehingga roti keperangan.
Hidangkan panas-panas.

Selamat menikmati roti dgn lelehan keju di dalamnya..nyummy

No comments: