SEKAPUR SIREH

Salam buat semua. Ini adalah blog ke2 saya tapi blog ini khusus untuk segala himpunan resepi2 yang saya kumpul. Sesungguhnya mengumpul resepi adalah hobi saya hehehe..Resepi2 ini adalah yang saya dapat dari kelas masakan yang saya hadiri, dari kawan2, dari internet, dari majalah dll.Credit untuk semua pencipta resepi.
Saya harap sekiranya anda telah mencuba resepi2 dalam blog ini, diharap sudilah kiranya anda memberikan maklumbalas disini. Sekian.

Saturday, August 30, 2008

Kek Lapis Asam Manis

Bahan-Bahan
1 cwn majerin
1 cwn gula halus
4 biji telur
1 1/2 cwn tepung biskut (biskut merry @ biskut 4 segi - dikisar)
1/2 cwn tepung gandum
1/2 camca serbuk penaik
1/2 camca vanila
beberapa bungkus asam manis

Cara Membuatnya

Marjerin di pukul dengan gula hingga kembang.
Masukkan telur satu persatu. Selepas tu masukkan vanila, serbuk penaik & tepung biskut, gaul rata. Bahagikan 3. Satu diwarnakan dengan warna asal, satu diwarnakan dengan hijau dan satu lagi warna merah.
Mula-mula letakkan 1 senduk adunan warna asal ke dalam acuan dan aturkan asam manis sebaris demi sebaris sampai penuh. Kukus lebih kurang 5 minit (agak masak). Lepas tu sendukkan warna hijau aturkan asam manis. Kukus lagi. Sendukan warna merah dan aturkan asam manis. Kukus. Buatlah begitu hingga habis.
Untuk tahan lama, setelah kek disejukkan bolehlah dibakar sebentar. selepas itu bungkus di dalam aluminium foil dan dimasukan ke dalam peti sejuk

No comments: