SEKAPUR SIREH

Salam buat semua. Ini adalah blog ke2 saya tapi blog ini khusus untuk segala himpunan resepi2 yang saya kumpul. Sesungguhnya mengumpul resepi adalah hobi saya hehehe..Resepi2 ini adalah yang saya dapat dari kelas masakan yang saya hadiri, dari kawan2, dari internet, dari majalah dll.Credit untuk semua pencipta resepi.
Saya harap sekiranya anda telah mencuba resepi2 dalam blog ini, diharap sudilah kiranya anda memberikan maklumbalas disini. Sekian.

Saturday, August 30, 2008

ROTI JALA

sumber : kelas masakan makcik Hasmah

Bahan A
250 gm tepung gandum
1 biji telur ayam (gred A)
1/4 sudu teh garam halus
2 sudu makan susu tepung
550 ml air
1/2 sudu teh pewarna kuning (optional)
1 sudu makan minyak sapi

Bahan B
1/4 cawan minyak jagung
2 sudu makan minyak sapi

Cara Menyediakan
1.Campurkan semua bahan kering A hingga sebati. Campurkan air dan telur serta pewarna kuning. Sebatikan.Campur minyak sapi.

2.Masukkan batter ke dalam blender. Blend hingga sebati.

3.Lenserkan 'pan' dengan minyak, jalakan batter, pupuk dengan sedikit bahan B.

No comments: