SEKAPUR SIREH

Salam buat semua. Ini adalah blog ke2 saya tapi blog ini khusus untuk segala himpunan resepi2 yang saya kumpul. Sesungguhnya mengumpul resepi adalah hobi saya hehehe..Resepi2 ini adalah yang saya dapat dari kelas masakan yang saya hadiri, dari kawan2, dari internet, dari majalah dll.Credit untuk semua pencipta resepi.
Saya harap sekiranya anda telah mencuba resepi2 dalam blog ini, diharap sudilah kiranya anda memberikan maklumbalas disini. Sekian.

Saturday, August 30, 2008

Kek Lapis Masam Manis

(sumber rohana68)

Bahan-Bahan
10 biji telur (5 biji)
1 tin susu manis (1/2 tin)
16 oz mentega golden churn (8 oz)
12 bungkus haw flakes (secukupnya)
2 sudu teh vanila (1 sudu teh)
2 gelas gula (saya gunakan 210 gm)
300g biskut marie [ditumbuk] (150 gm)
1 sudu teh baking powder (1/2 sudu teh)

Cara:
1) Pukul putih telur dan gula sehingga kembang
2) Kuning telur dicampurkan bersama butter dan susu. Gaul sehingga rata.
3) Satukan kedua-dua adunan dan kacau rata.
4) Masukkan tepung biskut marie dan baking powder.
5) Bahagikan adunan kepada 2 bahagian , satu diwarnakan kuning, yg satu lagi diwarnakan hijau. (Saya bahagikan kpd 4 bahagian- 4 diff colours)
6) Kukuslah selapis-selapis dan setiap 1 warna selang selikan dengan haw flakes.

Nota dari rohana68 :
Resepi ni agak manis jadi bolehlah dikurangkan sikit gula.Mixer digunakan hanya untuk pukul putih telur dan gula saja yang lain tu gunakan senduk kayu.

No comments: