SEKAPUR SIREH

Salam buat semua. Ini adalah blog ke2 saya tapi blog ini khusus untuk segala himpunan resepi2 yang saya kumpul. Sesungguhnya mengumpul resepi adalah hobi saya hehehe..Resepi2 ini adalah yang saya dapat dari kelas masakan yang saya hadiri, dari kawan2, dari internet, dari majalah dll.Credit untuk semua pencipta resepi.
Saya harap sekiranya anda telah mencuba resepi2 dalam blog ini, diharap sudilah kiranya anda memberikan maklumbalas disini. Sekian.

Saturday, August 30, 2008

BUN SOSEJ BERPINTAL

Bahan-bahan :

400 g tepung roti (strong white bread flour)
1 1/2 sudu kecil yis kering segera
1 sudu kecil garam (paras rata)
1 sudu besar gula castor
3 sudu besar minyak masak
250 ml air suam (warm)
10 batang sosej ayam
sedikit sayur campur
sedikit sos tomato
sedikit mayonis
1 biji telur } dipukul sedikit-utk sapuan

Cara membuat:

Campurkan tepung, yis, garam, gula kedlm mangkuk besar.
Buat lubang di tengah2nya, tuangkan minyak dan air.
Gaul tepung tadi sehingga menjadi doh yg lembut, jika adunan terlalu kering tambahkan 2-3 sudu kecil air lagi mengikut keadaan
Uli selama 10-15 minit sehingga doh menjadi licin dan elastic.
Bulatkan doh kemudian letakkan kedlm mangkuk yg telah dilenser dgn sedikit minyak dan tutup dgn cling film.
Letak ditempat yg suam selama 1 ½ - 2 jam atau sehingga doh mengembang 2 kali ganda
Potong doh kpd beberapa bahagian dimana setiap bahagian seberat 50 g
Taburkan sedikit tepung ditempat mencanai kemudian canaikan setiap bahagian doh menjadi btk segiempat (lebar mesti sama dgn panjang sosej)
Letak sosej diatasnya kemudian gulung
Potong kpd beberapa bahagian yg sama besar tapi jgn putus
Twistkan setiap bahagian potongan ke kiri dan kanan berselang seli
Letakkan di atas dulang yg telah disapu minyak
Ulang kesemua doh hingga habis
Tutup dulang tersebut dgn cling film, biarkan doh tersbt naik sekali ganda
Selepas itu taburkan sayur campur di atas roti sehingga sekata
Panaskan oven pd suhu 200'’C, bakar selama 10 minit kemudian keluarkan dr oven, sapu atas/tepi roti dgn dgn kuning telur kemudian masuk balik ke dlm oven bakar semula selama 10-15 minit atau sehingga keperangan
Apabila masak, paipkan sos tomato atau sos cili jika suka dan mayonis diatasnya
Enak dimakan semasa panas..kanak2 pasti suka

No comments: