SEKAPUR SIREH

Salam buat semua. Ini adalah blog ke2 saya tapi blog ini khusus untuk segala himpunan resepi2 yang saya kumpul. Sesungguhnya mengumpul resepi adalah hobi saya hehehe..Resepi2 ini adalah yang saya dapat dari kelas masakan yang saya hadiri, dari kawan2, dari internet, dari majalah dll.Credit untuk semua pencipta resepi.
Saya harap sekiranya anda telah mencuba resepi2 dalam blog ini, diharap sudilah kiranya anda memberikan maklumbalas disini. Sekian.

Saturday, August 30, 2008

Kek Coklat Kukus

Bahan-bahan ( 8-10 orang )
1 cawan gula
1 tsp krim tartar/baking powder
1 tsp soda bikarbonat
3/4 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum
4 biji telur
1 tin susu pekat manis
sedikit esen vanila
1 cawan air panas
1 cawan minyak jagung

Untuk toping - coklat masakan, susu cair dan mentega (anggaran sendiri)

Cara-cara
1.ayak bersama krim tartar,soda bikabornat,tepung gandum dan serbuk koko
2.larutkan gula dengan air panas
3.pukul telur hingga kembang sedikit
4.masukkan susu pekat manis
5.kemudian masukkan esen vanila dan gula yang dilarut tadi.
6.masukkan adunan tepung - kacau sebati
7.masukkan minyak jagung - kacau sebati.
8.tuang adunan ke dalam bekas plastik dan kemudian kukus selama 45 minit.( anggaran 4 bekas plastik 4 segi)
9.Pastikan air di dalam periuk kukus dididihkan terlebih dahulu sebelum mula mengukus.
10.Untuk toping - coklat masakan, susu cair dan mentega (anggarkan saja) dimasak dengan kaedah 'double boil'.
11.setelah kek sejuk, tuang toping ke atas kek dan taburkan coklat

No comments: