SEKAPUR SIREH

Salam buat semua. Ini adalah blog ke2 saya tapi blog ini khusus untuk segala himpunan resepi2 yang saya kumpul. Sesungguhnya mengumpul resepi adalah hobi saya hehehe..Resepi2 ini adalah yang saya dapat dari kelas masakan yang saya hadiri, dari kawan2, dari internet, dari majalah dll.Credit untuk semua pencipta resepi.
Saya harap sekiranya anda telah mencuba resepi2 dalam blog ini, diharap sudilah kiranya anda memberikan maklumbalas disini. Sekian.

Tuesday, March 1, 2011

Agar Agar Gudil

Sumber : RNet groups

bahan:
2 pkt agar serbuk (saya guna jenama Nona)
1500 ml air
500 ml santan dari 1 biji kelapa
500gm gula
2 biji telur
perwarna/perasa kesukaan
1 sdt esen vanilla

Cara:
Campur agar agar bersama air, pewarna & gula dan didihkan atas api hingga larut. Telur & santan dicampur bersama esen, kocok sebentar. Tuang adunan santan & telur ke dlm agar2. Kacau sedikit dan matikan api. Boleh dituang ke dlm acuan kegemaran anda

Tips: acuan hendaklah di basahkan dahulu supaya senang keluarkan agar2 nanti.
jika nak cepat sejuk, letak acuan dlm dulang berisi air, setelah agar2 sejuk barulah simpan di peti sejuk.

Selamat mencuba....

No comments: