SEKAPUR SIREH

Salam buat semua. Ini adalah blog ke2 saya tapi blog ini khusus untuk segala himpunan resepi2 yang saya kumpul. Sesungguhnya mengumpul resepi adalah hobi saya hehehe..Resepi2 ini adalah yang saya dapat dari kelas masakan yang saya hadiri, dari kawan2, dari internet, dari majalah dll.Credit untuk semua pencipta resepi.
Saya harap sekiranya anda telah mencuba resepi2 dalam blog ini, diharap sudilah kiranya anda memberikan maklumbalas disini. Sekian.

Saturday, March 5, 2011

Biskut Almond London

Sumber : ResepiNet

Bahan biskut :
150 gm mentega
50 gm gula aising
1 butir telur
170 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
60 gm nestum (saya guna nestum madu sebab lebih wangi, tapi nestum
perisa asli pun ok jugak kot)
50 gm susu tepung
1/5 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh garam halus
lebih-kurang 100 biji badam (masa saya buat bebaru ni, satu adunan
menghasilkan 110 biskut)

Bahan salut :
coklat masakan
serpihan badam/chocolate rice/sprinkles - untuk hiasan

Cara :
1.Panggang badam dalam ketuhar sampai rapuh & merekah sedikit kulitnya.
sejukkan ke suhu bilik.
2.Putar mentega & gula aising hingga sebati.
3.Masukkan telur & esen vanilla, gaul hingga sebati.
4.Ayak bersama tepung gandum, tepung jagung, susu tepung & garam.
masukkan nestum & gaul rata.
5.Masukkan campuran tepung ke dalam campuran mentega. gaul hingga sebati.
6.Ambil 1/2 sudu teh adunan, buatkan bebola (saya guna sudu sukatan,
bukan sudu teh biasa, supaya saiz biskut akan sekata).
7.Leperkan bebola, masukkan sebiji badam & bentuklah mengikut citarasa
(bulat atau bujur).
8.Bakar pada suhu 180C selama 12 minit.
9.Keluarkan dan biarkan sejuk ke suhu bilik sebelum disadur dengan
coklat, dihiasi serpihan badam/chocolate rice/sprinkles & dimasukkan
ke dalam cawan kertas.
10.Biarkan coklat betul-betul kering sebelum disimpan dalam bekas kedap
udara.

No comments: