SEKAPUR SIREH

Salam buat semua. Ini adalah blog ke2 saya tapi blog ini khusus untuk segala himpunan resepi2 yang saya kumpul. Sesungguhnya mengumpul resepi adalah hobi saya hehehe..Resepi2 ini adalah yang saya dapat dari kelas masakan yang saya hadiri, dari kawan2, dari internet, dari majalah dll.Credit untuk semua pencipta resepi.
Saya harap sekiranya anda telah mencuba resepi2 dalam blog ini, diharap sudilah kiranya anda memberikan maklumbalas disini. Sekian.

Saturday, March 5, 2011

Daging Puri

Sumber : sajionline.com. my

BAHAN-BAHAN:
500 gm daging (hiris)
200 gm tomato puri
100 gm cili kering (kisar)
50 gm serbuk jintan manis
50 gm serbuk jintan putih
4 labu bawang besar (hiris)
10 ulas bawang putih (cincang)
3 batang serai (ketuk)
10 helai daun kari

CARA MENYEDIAKAN:
Rebus daging sehingga empuk.

Panaskan minyak dan tumiskan cili kering, jintan manis dan jintan
putih dan serai sehingga pecah minyak. Masukkan tomato puri dan
daun kari, tumis lagi sehingga sebati.

Masukkan daging, tumis sehingga sebati dan gaul rata. Masukkan
garam secukup rasa. Biarkan mendidih seketika sehingga masak dan
angkat.

No comments: