SEKAPUR SIREH

Salam buat semua. Ini adalah blog ke2 saya tapi blog ini khusus untuk segala himpunan resepi2 yang saya kumpul. Sesungguhnya mengumpul resepi adalah hobi saya hehehe..Resepi2 ini adalah yang saya dapat dari kelas masakan yang saya hadiri, dari kawan2, dari internet, dari majalah dll.Credit untuk semua pencipta resepi.
Saya harap sekiranya anda telah mencuba resepi2 dalam blog ini, diharap sudilah kiranya anda memberikan maklumbalas disini. Sekian.

Saturday, March 5, 2011

BISKUT ALMOND LONDON

sumbangan Ana Restoren Pak Amir

Bahan:
1 buku butter (kalau nak lagi sedap guna jenama SCS)
3/4 cawan gula castor
1 biji telur merah
3 cawan tepung SUPERFINE
badam biji - dipanggang rangup
paper cup - warna chocolate

Bahan Salutan:
Cooking coklat secukupnya
sedikit mentega cair

Cara:
1. Pukul butter dan gula ising bagi sebati, then masukkan kuning telur, biar sebati.
2. Masukkan tepung SUPERFINE.
3. Uli sikit sampai doh tak melekat di jari.
4. Jemput doh kecil-kecil dan letakkan badam di dalamnya. Bakar sehingga kuning / masak.
5. Bila biskut dah sejuk baru dicelup kedalam cooking coklat yang telah didouble-boilingkan dan diletakkan ke dalam paper cup.

*Cooking coklat tu ada sesetengahnya tak perlu ditaruh dengan mentega cair semasa double-boiling, ada tu pulak kena taruh, kena tanya taukeh kedai tu la...AWAS, jangan sesekali bagi air masuk kedalam bekas coklat tu, kalau tidak, coklat tak akan beku. TAK PAYAH masuk peti ais selepas coklat disejuk, cukup biarkan ia beku, then simpan dlm. bekas.

No comments: