SEKAPUR SIREH

Salam buat semua. Ini adalah blog ke2 saya tapi blog ini khusus untuk segala himpunan resepi2 yang saya kumpul. Sesungguhnya mengumpul resepi adalah hobi saya hehehe..Resepi2 ini adalah yang saya dapat dari kelas masakan yang saya hadiri, dari kawan2, dari internet, dari majalah dll.Credit untuk semua pencipta resepi.
Saya harap sekiranya anda telah mencuba resepi2 dalam blog ini, diharap sudilah kiranya anda memberikan maklumbalas disini. Sekian.

Tuesday, March 1, 2011

KUIH LOMPANG

Sumber: http://resepimudahl azat.blogspot. com/2009/ 12/kuih-lompang. html

Bahan A:
1 cawan air
½ cawan gula pasir -
½ cawan gula merah/gula Melaka
Daun pandan, disimpul

Bahan B:
1½ cawan tepung beras
1 sudu makan tepung ubi
1 sudu kecil air kapur
1 cawan air

Bahan C:
Kelapa parut putih
Daun pandan, disimpul
Secubit garam

Cara menyediakannya:
1. Satukan A. Masak atas api kecil sehingga gula larut. Sejukkan.
2. Satukan B, gaul rata. Masukkan A. Gaul hingga sebati.
3. Tapis adunan dan tuang dalam acuan lompang yang telah disapu dengan sedikit minyak. Kukus selama 10 minit atau hingga masak. Apabila dah masak kuih akan jadi berlubang di tengahnya.
4. Gaulkan dengan kelapa parut yang di kukus tadi
5. Jika hendak perisa pandan atau warna lain, tambahkan sukatan gula untuk menggantikan gula merah

No comments: