SEKAPUR SIREH

Salam buat semua. Ini adalah blog ke2 saya tapi blog ini khusus untuk segala himpunan resepi2 yang saya kumpul. Sesungguhnya mengumpul resepi adalah hobi saya hehehe..Resepi2 ini adalah yang saya dapat dari kelas masakan yang saya hadiri, dari kawan2, dari internet, dari majalah dll.Credit untuk semua pencipta resepi.
Saya harap sekiranya anda telah mencuba resepi2 dalam blog ini, diharap sudilah kiranya anda memberikan maklumbalas disini. Sekian.

Tuesday, March 1, 2011

Kuih Koci Pulut Hitam

Sumber : RNet Groups

Bahan-bahannya
1 bungkus tepung pulut.
2/3cup nasi pulut hitam.
1 cawan air.
secubit garam.
cara pulut hitam direndam semalaman, masukkan air blend sehingga halus
dan licin( jika di rasa dengan jari takder lansung rasa berpasir).
campurkan pulut hitam dalam tepung pulut +garam. tambah air juka perlu
..uli sehingga dough tidak melekit pada tangan dan bekas.

inti
Gula merah 200g
Gula putih 150g
Kelapa 450g
Garam 1 sdt
Tepung gandum 1 tbs
Daun pandan 3 helai

cara
larutkan gula dulu then tapis letak dlm kelapa…kacau sampai pekat dan
kering kemudian masukkan bahan2 yg lain lain.

cara cara.
1 . bulat bulatkan inti.
2. leperkan dough dan masukkan inti didalamnyaa.. dan cover semua inti..
3. sudukan santan pekat keatas kuih koci. ( kalau tak suka santan
boleh guna minyak masak)
4. balut dalam daun pisang dan kukus. ( cara balut google youtube cara
balut nasi lemak , sama aja caranya)

No comments: