SEKAPUR SIREH

Salam buat semua. Ini adalah blog ke2 saya tapi blog ini khusus untuk segala himpunan resepi2 yang saya kumpul. Sesungguhnya mengumpul resepi adalah hobi saya hehehe..Resepi2 ini adalah yang saya dapat dari kelas masakan yang saya hadiri, dari kawan2, dari internet, dari majalah dll.Credit untuk semua pencipta resepi.
Saya harap sekiranya anda telah mencuba resepi2 dalam blog ini, diharap sudilah kiranya anda memberikan maklumbalas disini. Sekian.

Tuesday, March 1, 2011

Pau

Sumber : Yani (myresipi.com)

Bahan-bahan ( 8 biji )
30 biji untuk 16gm

•300g tepung gandum
•6g baking powder
•2g garam
•162g air suam
•6g dry yeast
•30g gula halus
•18g lemak sayur
Cara-cara
1.Masukkan tepung, baking powder dan juga garam. kacau biar serata.
2.Campurkan air, dry yeast dan gula dalam bekas lain. kacau biar gula larut.
3.Masukkan no.2 ke dalam no.1. Uli sehingga hampir licin.
4.Masukkan pula lemak sayur. Uli sehingga licin. Buat bentu bulat.
5.Penaikkan sehingga 2 kali ganda atau 40C selama 30 minit bagi sesiapa di negara sejuk.
6.
Utk uji naik ke tidak..Taburkan sedikit tepung di atas doh. Tekan dengan jari. Kalau tinggal lubang, maknanya doh dah naik.
7.
Tekan-tekan untuk keluarkan angin. Bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
8.
Ambik sebiji doh, canaikan dan letaklah inti ditengahnya. Tutup rapat-rapat.
9.Utk inti tu, boleh rujuk resepi pau dr mat gebu or pau kari ayam dr jun atau boleh juga letak apa saja inti ikut kesukaan masing-masing.
10.
Saya letak inti krim coklat dan juga sardin. (Abihkan stok yg ada sebenarnya ni.. so takde sukatan yg spesifik utk inti)
11.Bila dah siap isi inti, biarkan dalam 5 minit. Bila dah nampak naik sikit, bolehlah kukus.
12.Kukus dengan api kuat selama 15~20 minit.. Masa tengah kukus jangan buka penutup kukusan.

No comments: