SEKAPUR SIREH

Salam buat semua. Ini adalah blog ke2 saya tapi blog ini khusus untuk segala himpunan resepi2 yang saya kumpul. Sesungguhnya mengumpul resepi adalah hobi saya hehehe..Resepi2 ini adalah yang saya dapat dari kelas masakan yang saya hadiri, dari kawan2, dari internet, dari majalah dll.Credit untuk semua pencipta resepi.
Saya harap sekiranya anda telah mencuba resepi2 dalam blog ini, diharap sudilah kiranya anda memberikan maklumbalas disini. Sekian.

Saturday, March 5, 2011

MASHED POTATO

sumber :

Bahan A - Kentang Putar:
4 biji (850 gm) kentang Russet - guna kentang biasa pun boleh..
1/4 cawan susu segar
60 gm mentega
Sedikit lada sulah, jika suka

Bahan B - Sos:
20 gm mentega
2 sudu besar tepung gandum
1-1.5 cawan air
1 kiub ayam/daging

Cara Menyediakannya:
1. Kentang: Bersihkan kentang dan rebus hingga empuk.
2. Buang kulit dan lecek hingga halus.
3. Campurkan mentega dan susu, gaul sebati.
4. Sos: Panaskan mentega, goreng tepung hingga perang/coklat.
5. Masukkan air dan kiub ayam/daging.
6. Masak hingga mendidih. Sedia untuk dihidangkan bersama kentang putar.

No comments: