SEKAPUR SIREH

Salam buat semua. Ini adalah blog ke2 saya tapi blog ini khusus untuk segala himpunan resepi2 yang saya kumpul. Sesungguhnya mengumpul resepi adalah hobi saya hehehe..Resepi2 ini adalah yang saya dapat dari kelas masakan yang saya hadiri, dari kawan2, dari internet, dari majalah dll.Credit untuk semua pencipta resepi.
Saya harap sekiranya anda telah mencuba resepi2 dalam blog ini, diharap sudilah kiranya anda memberikan maklumbalas disini. Sekian.

Saturday, March 5, 2011

Almond London (Amy Beh)

Sumber : Kuali, The Star

Bahan

125g butter
75g gula icing
1 kuning telur

Ayak Bersama:
225g tepung gandum
1/2 tsp tepung beras

300g badam, dipanggang
450g coklat masakan, dicairkan
Badan cincang, dipanggang
Mangkuk kertas

Cara
Pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan kuning telur. Pukul lagi. Masukkan bahan kering yang sudah di ayak. Adun sehingga menjadi doh yang boleh dibentuk.

Ambil sedikit doh, saiz sebesar guli, balut badam dan bentukkan menjadi sebiji bola.

Letakkan doh dalam loyang yang bergris. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu175�C selama 20-25 minitatau sehingga masak dan keemasan. Sejukkan apabila sudah masak.

Letakkan cookies ke dalam mangkuk kertas dan tuang coklat yang dicairkan di atasnya. Hiaskan dengan badam yang dicincang.

No comments: